Hari Ulangtahun Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

My SOFEA ZARA

Lilypie First Birthday tickers

Friday 14 October 2011

DEMAM KUNING @ JAUNDIS PADA BAYI

Penyakit demam kuning @ jaundis di kalangan bayi merupakan perkara biasa pada masa kini.

Simptom : Bahagian putih mata & kulit yg berwarna kuning - kekuningan. Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. 

Ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa. Jaundis lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra matang ( tidak cukup bulan ) berbanding bayi yang cukup bulan. 

Warna kuning ini disebabkan bahan kumuhan ( metabolit ) yang dinamakan BILIRUBIN dalam darah. BILIRUBIN merupakan hasil penguraian sel darah merah di dalam darah. Penguraian sel darah merah merupakan proses yang dilakukan oleh tubuh badan manusia apabila sel darah merah telah berusia 120 hari. Hasil penguraian sel darah merah merupakan bilirubin yang diproses oleh hati dan disingkir dari badan melalui najis dan air kencing. Ketika bayi dalam kandungan, sel darah merah ini dikeluarkan melalui uri ( placenta ) dan diuraikan oleh hati ibu.

Paras bilirubin pada bayi normal boleh meningkat  disebabkan oleh sebab-sebab berikut :

  • Sel darah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek
  • Lebam pada badan bayi disebabkan dalam proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti
  • Bayi pra-matang tidak mempunyai organ yang matang. Hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan
  • Darah ibu dan bayi tidak sesuai ( ABO incompatibility )
  • Ibu menghidap kencing manis ( maternal diabetes )
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
  • Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi ( kerap )
  • Keturunan

Tahap serius penyakit ini ditentukan dengan menimbangkan umur dan faktor perubatan yang lain. Jumlah bilirubin yang kecil atau sederhana tidak merbahaya kepada bayi. Bagaimanapun paras bilirubin yang tinggi dan lama boleh memberi kesan pada pendengaran dan otak bayi.

Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya demam kuning dikesan dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran dan terdapat tanda-tanda berikut :

  • Bahagian tangan dan kaki atau bayi demam melebihi 37.8 darjah celcius
  • Warna kuning semakin ketara selepas 7 hari
  • Masih kekal kuning selepas 15 hari
  • Bayi tidak bertambah berat badan 
  • Anda merasa bimbang mengenai kekuningan pada kulit bayi









No comments:

Post a Comment