Hari Ulangtahun Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

My SOFEA ZARA

Lilypie First Birthday tickers

Saturday 31 March 2012

Serabut

Dah lame tak hapdate blog.. ( Ayat yg biasa kita baca utk para blogger! ) Blog dah berabuk la, bersawang la... Hmm... same la cam aku... Aku pulak bkn taknak hapdate blog, tp masa2 yg aku ade skrg ni aku isikan dgn melayan kerenah my sweet little baby girlfriend... ( Ayt aboh dia ) . Lusa aku dah nak keje... Sekejap je 3 bulan itu berlalu.. Pejam celik pejam celik .. aik??? cuti aku dah abis??? Kan best kalo dpt cuti lg??? Leh spend time ngn sofea lg... Ehehe...

Ape aku nak taip ni??? Hmmm... Dlm kepala otak aku ni mcm2 dok ade.. Tp taktau nak susun ayat camane...


Tp yg pasti.. lusa aku dah nak start keje...

Camane la agaknya sofea bila aku antor kat pengasuh nnti??? Bg para ibu2 mak2 mama2 kat luar sane, mesti korg pernah mengalami perasaan yg same mcm aku kan??? Ok ke anak aku bile antor kat pengasuh?? Ok ke pengasuh tu jage??? Idak ke dipukuinye anak aku??? Budak2 lain idak ke usiknye anak aku??? Haihhhh... mcm2 la aku tgh pk skrg ni... Tp yg paling aku risaukan, sofea taknak isap botol... Aku risau sgt2... Minggu2 terakhir cuti aku ni, aku sebok ajor sofea isap susu botol. Meraung melalak2... Tahan lg dia tido drpd isap botol susu. Hai la si anak.. Camane la nasibmu bila sampai kat umah pengasuh nnti? Takkan nak berlapar smpai ke ptg??? Nasib baik la pengasuh tu dkt ngn umah.... 1 blok, dkt ngn opis. If anything happen, mmg aku balik... Tak kira laaaaaaaaaaaaa.. Lagi plak, aku dah tukar department baru.. Hmm... Isnin ni baru sebok2 nak kemas2 brg2 kat opih tu, nak buat sesi suai kenal ( macam la ko tak kenal ) .... Mane nak angkut barang, mane nak pk pasal sofea yg 1st day kat pengasuh, mane nak pk pasal curi masa nak  pam susu ( Im fully breastfeeding mom ) .... Hadoiiiiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... Stressss mak ni!!!!

Hmm... apepun aku berserah dah bertawakal kpd ALLAH.. Semoga semuanya berjalan lancar...

Hopefully sofea nak la minum susu bila antor kat pengasuh nnti... Kalo tak nak jugak, takpelah syg... 
Mama sambung cuti lg.. He.he.he :)

Thursday 15 March 2012

Cara Pengendalian Stok Ebm

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.


Ikuti langkah-langkah berikut:


1. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk;

  • Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
  • Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
  • Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.
  • Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda


2. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);

Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.
Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan 1 botol daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.


TIPS PENTING:

  • Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu). Rujuk artikel Penyimpan Susu Ibu.
  • Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
  • Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
  • Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
  • Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
  • Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.


TIDAK BOLEH:


  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
  • TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
  • TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
  • Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.

Susu perahan juga boleh dipanaskan menggunakan pemanas (warmer):





Friday 9 March 2012

Sedihnya la hai bila tgk video ni :(




Sedihnya la hai bila tgk ibu yg dah uzur ni kena tinggal camtu je ngn anak dia kat hotel. Tergamak la anak dia tinggalkan mak dia yg uzur ni sorg2.. Anak setan ke hape dia tu? Aku mmg tak leh tgk cite2 sedih camni nak2 plak bila membabitkan org tua... Sbb tu la cite BERSAMAMU tv3 harammmm aku nak tgk... Bila aku tgk video ni tiba2 teringat kat opah aku.  Opah aku kan bela aku dari kecik? Dan2 pas tgk video ni terus call opah... 

I LOVE U OPAH...

 Sygnya aku kat opah, tuhan saja yg tahu.. 

Dulu opah gemok

skrg dah kurusss
                                                            

Sunday 4 March 2012

BUDAK BOTAK KENA DERA!!!


JENG JENG JENG !!!

HAAA... Ni la dia budak botak yg baru lepas kena dera tu...

Eh eh... Tgk tu, dia boleh tido lena plak lepas kena dera...


Nak tau knp budak botak ni kena dera???



Haaa... ni diaaa


Nampak tak botol susu kat tepi budak botak tu?

 Dia kena dera minum susu botol.

Susu yg fresh dr ladang. Di kais2 oleh maknya ibarat kais pg mkn pg, kalo tak kais mmg tak  makan... 

Hajat di hati maknya nak ajar anaknya menyusu sebulan sblm maknya masuk keje...

Jenuh la maknye ajor.

Aritu guna puting PIGEON... Mula2 dia nak...

Nampak ni?? Elok je aboh dia bg..

( Time ni mamanya nyorok belakang langsir sbb org kata kalo nak ajor anak isap susu botol, mak kena dok jauh2 sbb anak boleh hidu bau mak dia )

Time ni dia minum abis... 

Selang lepas tu bg lg botol susu... Alih2 dia taknak plak...

MERAUNG - MERAUNG.... uwaaaaaaaaa!!! uwaaaaaaa!!!

aboh dia plak cair bila anak dia nangis... 

"Udah la.. takyah bg la... Kesian dia "

" Abg dok pk kesian dia, syg ni nak koje esok camne??? OOOoo... aritu abg gak yg ckp, kwn kat opis abg kata kena kejam sikit nak ajor anak isap susu botol ni.. biar dia nangis betul2 baru bg susu "

Last2??? Bila anak aboh dah nangis, abohnye plak tak smpai ati.. Ape nak buat??? 
DALAM HATI ADE TAMAN

Hmmm... pening2... Ape nak buat kat budak botak ni? Tp masa dia masuk NICU lg nurse kat wad tu ckp c kenit ni pandai.. Taknak isap susu botol.. Jenuh gak nurse tu bg susu guna botol, bila lapar sgt baru dia nak.. Itupun dia tolak2. Dia nak puting mak dia gak...

SOFEA.... SOFEA...






................... Kalau la ade jual puting jenama syam ke syamsiah kat pasaran ...................... :P