Aku dah pregnant 6++ bulan.. ( Bunyi macam gangster je mama ni ) Ehehe... Orang kata kalo nak beli barang baby, elok la masa kandungan dah 7 bulan ke atas. Tp memandangkan aku skrg baru je 6++ bln jalan skit pon dah terkengkang2 + termengah2 + sakit kaki + penin adalah lebih baik jika aku beli sikit2 skrg ni... Kalo ikut mak aku ( opah kpd anak aku ni, dia kata 8 bulan esok baru beli .. HAIII la makk... anak mak dah tak larat dah nak jalan time tu ) :P
Ini adalah senarai yg telah aku listkan. Tp aku rasa takdelah perlu beli semua. Cuma pilih mana yg berkenan di hati & kebarangkalian untuk penggunaan yg lebih kerap perlulah dibeli dulu... Kalo ikut hati aku, semua bende aku nak beli!
EXCITED nak SAMBUT ANAK SULUNG la katakan! Tp memandangkan aku lom jadi pakcik kayo lg, so SYAM!!! Mengucap byk2... Ehehe
p/s : bila nak buat persediaan ni baru la aku tau rupe2nye ada persediaan untuk anak, persediaan untuk mak, persediaan untuk bapakkkk pun ade sekali tu.. lepas tu pulak kena pecahkan lg persediaan brg utk dibawa ke hospital, untuk dlm pantang, lepas pantang.... ish ish ish
Senarai barangan keperluan BAYI
PAKAIAN
1. BAJU LENGAN PANJANG / PENDEK
2. BAJU LUBANG2 LENGAN PANJANG / PENDEK
3. SELUAR PANJANG / PENDEK
4. SARUNG TANGAN
5. SARUNG KAKI
6. BAJU SEJUK
7. ROMPER
8. BARUT BAYI
9. BEDUNG BAYI
10. SELIMUT BAYI
11. PAMPERS
12. KAIN LAMPIN
13. SAPU TANGAN
14. TIKAR GETAH BAYI
15. BEG BAYI
16. ALMARI / BAKUL PAKAIAN
17. TOPI
18. RECEIVING BLANKET
MANDIAN
1. TUALA MANDI
2. SABUN BAYI
3. BEDAK BAYI
4. LOSYEN BAYI
5. SYAMPU BAYI
6. MINYAK BAYI ( BABY OIL )
7. BESEN MANDI
8. PUTIK KAPAS
9. SIKAT RAMBUT ( LEMBUT )
10. BAKUL ALATAN MANDIAN
11. KEPIT KUKU
12. MINYAK ELAK KEMBUNG PERUT
13. VICKS
PENYUSUAN
1. BOTOL SUSU ( 4 oz ) - sbb baby kecik lg.. dh besar, baru beli yg besar sikit
2. PUTING
3. BEKAS SIMPAN BOTOL SUSU
4. BERUS BOTOL SUSU
5. TERMOS
6. BREAST PUMP
7. PENCUCI BOTOL SUSU
TIDUR
1. KATIL BAYI @ BABY COT
2. BANTAL & TILAM KEKABU
3. SARUNG BANTAL & TILAM
4. SELIMUT
5. KELAMBU @ MOSQUITO NET
6. BOUNCER
BERJALAN - JALAN
1. STROLLER
2. BABY CAR SEAT
3. BABY CARRIER
Senarai Barangan Keperluan Ibu
PAKAIAN
1. BAJU BERBUTANG DI HADAPAN / T-SHIRT
2. KAIN BATIK
3. NURSING PAD
4. NURSING BRA
5. MATERNITY PAD
6. STOKIN
7. BENGKUNG
8. SET BERSALIN - jamu mak dara, sendayu tinggi etc
9. BATU TUNGKU