Hari Ulangtahun Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

My SOFEA ZARA

Lilypie First Birthday tickers

Monday 13 August 2012

ANUGERAH ILAHI .... BINTANG DARI SYURGA




SEUMUR HIDUP MAMA... TIDAK PERNAH MAMA TERFIKIR AKAN MEMILIKI SOFEA...
SESUATU YANG INDAH DALAM HIDUP MAMA...
SOFEA SEGALA-GALANYA BUAT MAMA...
NYAWA MAMA...
NADI MAMA...
NAFAS MAMA...
SEGALA-GALANYA TENTANG SOFEA.. ADALAH HIDUP MAMA
MASIH TERINGAT SAAT MAMA MELAHIRKAN SOFEA
WALAUPUN SAKIT, KESAKITAN ITU SEBENARNYA PETANDA GEMBIRA...
PETANDA GEMBIRA KERANA MAMA AKAN MEMILIKI SOFEA...
SETELAH 7 BULAN MASA BERLALU... MAMA GEMBIRA MELIHAT SOFEA MEMBESAR DI DEPAN MATA MAMA..
TIDAK PERNAH TERFIKIR BETAPA PENATNYA MENJADI SEORANG IBU..
WALAUPUN PENAT , MAMA GEMBIRA...
MAMA GEMBIRA MELIHAT SOFEA KETAWA
MAMA BERDUKA BILA MELIHAT SOFEA BERDUKA
SOFEA ADALAH SEGALA-GALANYA BUAT MAMA...

NUR SOFEA ZARA.... BINTANG DARI SYURGA....


Thursday 7 June 2012

SELAMAT HARI JADI ABAH

Selamat Hari Jadi Abah!!!!

2/6/2012 ari Sabtu aritu merupakan Hari Jadi abah.. Tp bukan abah aku, abah sofea..

Memandangkan hari jadi abah sofea jatuh pada hari sabtu ( ari sabtu kitorg blk kg :] ) maka, aku dgn my gegirl pon telah menyambutnya sehari awal iaitu ari Jumaat. Buat suprise sikit!!!!

Jeng jeng jeng....

MEJA UNTUK LETAK KEK SUSPEK :p ( erkk.. mane keknye? )

KEK SUSPEK ( seKKret resipi mari)

LALUAN UTAMA SUSPEK ( ekeke!)

KEK DAH NYALA
(time ni aku ngn sofea dah duduk dalam gelap... suprise la katakan! ahaks! )

LAMBATNYA ABOH KAMU BALIK SOFEA OIIII... mama  dah bergelap gelita dah ni...

SUSPEK MEMBUKA PINTU... yayyy!!! aboh balik

SUPRISE!!!!!!!!!

MACAM BIASA SENYUMAN ABAH YG MENCAIRKAN MAMA ... (cair ke???)

fuhhh fuhh fuhhhh

LOVE BOTH OF U!

Sunday 20 May 2012

Sofea Dah Pandai Meniarap

 Punye la lame tak hapdate blog, tau2 je sofea dah pandai meniarap???? Ish ish ish... Ape nak buat, sejak tukar department baru, mmg bz...

Sofea skrg dah pandai meniarap... Dah masuk 4 bulan la katakan. Aku happy sgt2 tgk perkembangan sofea. Pantang je letak dia berpusing. Pantang lepa. Prnh sekali aku g dapur, sekali dgr sofea menangis. Rupe2nya dia meniarap tp tgn tak lepas. Tu yg menangis tu... Hai la anak mama...


Jom layan pics sofea meniarap .........

Sy budak baru pandai meniarap
Anak meniarap, aboh pon ikut sekali tertiarap!!!
Alamak... Tak balance pulak dah...
Yay.... 


Saturday 31 March 2012

Serabut

Dah lame tak hapdate blog.. ( Ayat yg biasa kita baca utk para blogger! ) Blog dah berabuk la, bersawang la... Hmm... same la cam aku... Aku pulak bkn taknak hapdate blog, tp masa2 yg aku ade skrg ni aku isikan dgn melayan kerenah my sweet little baby girlfriend... ( Ayt aboh dia ) . Lusa aku dah nak keje... Sekejap je 3 bulan itu berlalu.. Pejam celik pejam celik .. aik??? cuti aku dah abis??? Kan best kalo dpt cuti lg??? Leh spend time ngn sofea lg... Ehehe...

Ape aku nak taip ni??? Hmmm... Dlm kepala otak aku ni mcm2 dok ade.. Tp taktau nak susun ayat camane...


Tp yg pasti.. lusa aku dah nak start keje...

Camane la agaknya sofea bila aku antor kat pengasuh nnti??? Bg para ibu2 mak2 mama2 kat luar sane, mesti korg pernah mengalami perasaan yg same mcm aku kan??? Ok ke anak aku bile antor kat pengasuh?? Ok ke pengasuh tu jage??? Idak ke dipukuinye anak aku??? Budak2 lain idak ke usiknye anak aku??? Haihhhh... mcm2 la aku tgh pk skrg ni... Tp yg paling aku risaukan, sofea taknak isap botol... Aku risau sgt2... Minggu2 terakhir cuti aku ni, aku sebok ajor sofea isap susu botol. Meraung melalak2... Tahan lg dia tido drpd isap botol susu. Hai la si anak.. Camane la nasibmu bila sampai kat umah pengasuh nnti? Takkan nak berlapar smpai ke ptg??? Nasib baik la pengasuh tu dkt ngn umah.... 1 blok, dkt ngn opis. If anything happen, mmg aku balik... Tak kira laaaaaaaaaaaaa.. Lagi plak, aku dah tukar department baru.. Hmm... Isnin ni baru sebok2 nak kemas2 brg2 kat opih tu, nak buat sesi suai kenal ( macam la ko tak kenal ) .... Mane nak angkut barang, mane nak pk pasal sofea yg 1st day kat pengasuh, mane nak pk pasal curi masa nak  pam susu ( Im fully breastfeeding mom ) .... Hadoiiiiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... Stressss mak ni!!!!

Hmm... apepun aku berserah dah bertawakal kpd ALLAH.. Semoga semuanya berjalan lancar...

Hopefully sofea nak la minum susu bila antor kat pengasuh nnti... Kalo tak nak jugak, takpelah syg... 
Mama sambung cuti lg.. He.he.he :)

Thursday 15 March 2012

Cara Pengendalian Stok Ebm

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.


Ikuti langkah-langkah berikut:


1. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk;

  • Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
  • Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
  • Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.
  • Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda


2. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);

Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.
Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan 1 botol daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.


TIPS PENTING:

  • Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu). Rujuk artikel Penyimpan Susu Ibu.
  • Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
  • Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
  • Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
  • Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
  • Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.


TIDAK BOLEH:


  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
  • TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
  • TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
  • Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.

Susu perahan juga boleh dipanaskan menggunakan pemanas (warmer):





Friday 9 March 2012

Sedihnya la hai bila tgk video ni :(




Sedihnya la hai bila tgk ibu yg dah uzur ni kena tinggal camtu je ngn anak dia kat hotel. Tergamak la anak dia tinggalkan mak dia yg uzur ni sorg2.. Anak setan ke hape dia tu? Aku mmg tak leh tgk cite2 sedih camni nak2 plak bila membabitkan org tua... Sbb tu la cite BERSAMAMU tv3 harammmm aku nak tgk... Bila aku tgk video ni tiba2 teringat kat opah aku.  Opah aku kan bela aku dari kecik? Dan2 pas tgk video ni terus call opah... 

I LOVE U OPAH...

 Sygnya aku kat opah, tuhan saja yg tahu.. 

Dulu opah gemok

skrg dah kurusss
                                                            

Sunday 4 March 2012

BUDAK BOTAK KENA DERA!!!


JENG JENG JENG !!!

HAAA... Ni la dia budak botak yg baru lepas kena dera tu...

Eh eh... Tgk tu, dia boleh tido lena plak lepas kena dera...


Nak tau knp budak botak ni kena dera???



Haaa... ni diaaa


Nampak tak botol susu kat tepi budak botak tu?

 Dia kena dera minum susu botol.

Susu yg fresh dr ladang. Di kais2 oleh maknya ibarat kais pg mkn pg, kalo tak kais mmg tak  makan... 

Hajat di hati maknya nak ajar anaknya menyusu sebulan sblm maknya masuk keje...

Jenuh la maknye ajor.

Aritu guna puting PIGEON... Mula2 dia nak...

Nampak ni?? Elok je aboh dia bg..

( Time ni mamanya nyorok belakang langsir sbb org kata kalo nak ajor anak isap susu botol, mak kena dok jauh2 sbb anak boleh hidu bau mak dia )

Time ni dia minum abis... 

Selang lepas tu bg lg botol susu... Alih2 dia taknak plak...

MERAUNG - MERAUNG.... uwaaaaaaaaa!!! uwaaaaaaa!!!

aboh dia plak cair bila anak dia nangis... 

"Udah la.. takyah bg la... Kesian dia "

" Abg dok pk kesian dia, syg ni nak koje esok camne??? OOOoo... aritu abg gak yg ckp, kwn kat opis abg kata kena kejam sikit nak ajor anak isap susu botol ni.. biar dia nangis betul2 baru bg susu "

Last2??? Bila anak aboh dah nangis, abohnye plak tak smpai ati.. Ape nak buat??? 
DALAM HATI ADE TAMAN

Hmmm... pening2... Ape nak buat kat budak botak ni? Tp masa dia masuk NICU lg nurse kat wad tu ckp c kenit ni pandai.. Taknak isap susu botol.. Jenuh gak nurse tu bg susu guna botol, bila lapar sgt baru dia nak.. Itupun dia tolak2. Dia nak puting mak dia gak...

SOFEA.... SOFEA...






................... Kalau la ade jual puting jenama syam ke syamsiah kat pasaran ...................... :P

Thursday 23 February 2012

SOFEA & BOTOL SUSU

Al kisah...

Satu malam seorang bapak dan seorang mak sdg cuba mengajar anaknya menyusu menggunakan botol susu. Al maklumlah... Tak lama lg, maknya nak masuk keje.. Ternyata cubaan pertama menggunakan botol & puting avent GAGALLLLLLL sama sekali... Hai la anak bertuah :)

muka kompuse... ehehe


siap tolak dgn lidah :(


Takpe, nanti mama cari puting yg sesuai utk sofea yer.. Kalo tak boleh jugak, mama cabut puting mama bg kat pengasuh!!!! HOHOHO... ( Oh pengasuhhhh... Di manakah dikau???? )

Friday 10 February 2012

Pengalaman Melahirkan Nur Sofea Zara - Permata Hati Abah & Mama

Assalamualaikum...

Waaaa .... Da berabuk blog aku ni...  Bz sesangat berpantang... Ececeh.. Padahal aku la ibu yg main2 je pantangnya...  Ni  baru berkesempatan nak bukak blog sbb cik sofea tgh tido. Kalo tak, jgn harap!!!

Sofea dah sebulan lebih....  Dah besor anak mama.. Macam tak caye je...Org lain ramai tegur kata sofea dah bulat. Tp mama tak nmpk pon sofea dah bulat? Mungkin sbb mama tgk sofea ari2 kot. Org lain tgk kejap2 je. Arini aku nak mengimbau kembali saat aku bertarung nyawa melahirkan sofea sebulan yg lepas... Sangattttt bestttt :)

**********************************************************

2 / 1 / 2012 ( Isnin )

5.10 pg - Masa ni aku tgh syok2 tdo sambil meleleh air liur basi, tiba2 aku terkejut mcm ade bende tendang siap ade bunyi "poopppp". Pastu aku rasa ade air meleleh... Air ketuban ke ni??? Org kata kalo air ketuban dah pecah, mesti air meleleh byk. Tp air ketuban aku keluar macam hidup segan mati tak mau... Nasib tergerak hati nak pakai pad mlm td. Aku pon kelam kabut lari dlm bilik air.. . Ah sudah.. Aku nak terberanak ke ni??? Incik suami bangun dlm keadaan terpinga2, dia tanya knp? Aku ckp la air ketuban dah pecah, kene g hospital ni.. Si suami siap mandi bagai sdgkan si isteri dgn tak gosok giginya siap2 nak g spital. Dlm kete subuh2 2 aku tepon famili aku. Mintak maap kalo ade salah silap. Org kata kalo nak senang bersalin kena minta maaf ngn famili terutamanya suami. Ceh, bajet air ketuban pecah dah boleh bersalin la yer??? Silap besor la...

Sampai kat spital, lepas daftar doktor buat ve. Doktor pompuan. Mak aihhhhhh.... Ganeh giler. Uh ah uh ah aku menahan kena seluk. Sblm ni, aku prnh gak kena seluk, tp doktor laki. Punya la lembut. Kalo dia nak seluk 10x pon aku tak kisah. Kena ngn doktor pompuan, abis di'rodok'nya. Lepas doc cek, bukaan baru 1cm. UWAAAAA!!!!Ingtkan dah besor la bukaknya. Pg tu aku kena dok wad. Dgn dah bau kambingnya sbb tak mandi, aku tido. Ngantuk giler. Contraction??? Pg tu takde contraction lg. Aku leh rilek2 siap tetido. Almaklum la... Tak sakit....

Masuk ke tghari... Masa ni aku dah goyang. Contraction dah start. Mula2 10 minit sekali, pastu 5 minit. Mak haiiiii... Sedapnya rasa contraction ni. Tu la.. Dulu ko sibuk tanya ros, kinah, anis camane rasa contraction kan??? Skrg dah rasa sendiri.. Ehehe...  Bila contraction tu dtg,aku pon buat la teknik pernafasan yg aku post kat blog aku ni. Tp knp tak menjadi yer? Rupa2nya bila aku baca blk, laa... salah teknik. Aku tak ingt doktor buat ve brp kali. Tp masa 2nd time doc nak cek ve, aku cuak dah sbb ingt doc pompuan lg. Rupa2nya doc laki. Fuh.. Lega. Kena ngn doc laki, tak sakit pon dia cek. Bila dah ptg, ramai le kaum kerabat yg dtg. Kakak aku, makcik belah suami. Siap urut2 lg masa aku tgh sakit. Seluar jeans laki aku abis kena tarik masa contraction tu dtg.

Mlm pun tiba... Haihhhhh... Bila nak beranak ni? Dah berpeluh menahan sakit ni. Peluh jantan peluh betina abis keluar. Kui 7 lebih kalo tak silap, doc buat ve lg. Baru bukak 4 cm. Sedihnya aku.. Dari pg smpai ke mlm, air ketuban pon dah pecah, bukaan baru 4 cm??? Hmm.. Nasib badan. Bila dah bukak 4 cm, aku ditolak ke labor room. Masa ni incik suami teman. Aku punya contraction time ni dah menggila... Mmg tak hengat sakit dia. Aku ingt lg, masa tu aku tgk jam kui 9.40 mlm. Stp kali contraction tu dtg, aku baring atas katil tu sambil mengesot ke atas ke bawah ke atas ke bawah menahan sakit. Bilik yg sejuk pon dah tak terasa sejuknya sbb aku dah berpeluh giler. Besi katil tu sampai bergegar2 aku buat. Bila sakit, menggigil2 kpla aku mcm org giler nak lawan kesakitan tu. Laki aku menangis tgk aku. Hah.. baru dia tau sakit tak sakitnya nak bg zuriat kat dia. Itupun lepas2 tu dia boleh ckp nak anak smpai 5. Haaaaa? Nak mengeluarkan yg sorg ni pon seksa. Oksigen kat tepi tu, tah brp kali aku sedut. Laki aku dah ibarat macam menyusukan anak je kat aku. Dia pegang je bende tu. Nurse tu tak bg aku sedut byk2 sbb takut aku muntah. Tp aku dah tak kira dah.. Asal sakit je aku sedut. Rupa2nya mmbr aku nurse kat situ, dia kata oksigen tu takde ape pun. Nak latih teknik pernafasan   pesakit. itu je. Patut la bila aku sedut aku tak rasa ape. Jarum yg melekat kat tgn aku tu, tah brp kali tercabut. Nurse kat situ byk kali marah aku. Bila sakit dtg, aku baca ALLAHHUAKBAR byk kali. Suara aku bergetar.... Tu yg asyik kena marah je tu. Punya la dah tak tahan sakit, diorg cucuk aku ngn ubat tahan sakit. Lepas kena ubat tu, aku tetido. Bila sakit tu dtg, aku terjaga aku baca lg ALLAHHUAKBAR sambil mengerang. Ade sekali tu, tgh aku menahan sakit, aku dgr kat bilik sblh dah bising2. " Push puan, push push push.. Lg puan.. Sikit lg puan" Masa aku dgr tu, aku ngn laki aku terdiam... Pastu aku tetido. Bila aku jaga blk, aku tgk jam dah kui 1 pg. Ya Allah... Lamanya aku menanggung kesakitan. Dari tghari smpai la ke tgh malam. Kena seluk??? Entah brp kali aku pon tak ingt. Mmg byk kali nurse tu seluk aku. Aku pon dah tak kisah, janji cepat aku bersalin. Aku dah tak tahannnnn sgt ni. Yg bestnya, padan muka nurse tu kena kencing ngn aku. OPsss.. Hahaha. 3 kali kalo tak silap diorg masukkan tiub kencing tu. Kalo tak silap aku, diorg induce aku. Aku pon dah tak ingt dah.

Last sekali, nak membolehkan aku melahirkan sofea tu, aku tgk jam dah kui 1, aku ckp kat nurse tu dalam keadaan tgh mengerang , '' Bila turn sy ni nurseeee???? Sy tak tahan dah ni...." Agaknya nurse tu pon dah tension ngn aku. " Sy boleh tolong puan, tp puan kena tolong diri puan sendiri. Puan jerit2 pun tak dpt ape". Lepas tu, nurse tu baca bismillah....Dia kira 1...2...3... dia selukkkkkkkkk dalam2 nk bg bukak laluan. Masa dia seluk tu, terangkat gak aku... Pastu dia kira lg, 1..2..3... dia selukkkkkkkkk sambil tolak lg dalam2 laluan aku... FUHHH... ( Sgt best wooo.. Hahaha ) Lepas dia seluk, rodok, ronjang ( bahasa agak kasar sikit ) baru la bukaan bukak 6 cm. Dia panggil suami aku, " Encik nmpk tak kpla ank encik? " Dia tanya smbil dia tarik aku punya tutt... Laki aku ckp nmpk... Kalo isteri encik boleh bg kerjasama, dia dah boleh bersalin. Lepas tu laki aku bg kata2 semangat kat aku. Sakit skjp je syg. Tahan sikit, janji baby dah leh keluar. Yg aku ingt, laki aku berdiri kat sblh kpla aku, nurse 3 org, sorg berdiri atas kerusi sblh kiri aku. Yg berdiri atas kerusi tu smpai bila2 aku takkan lupa. Masa diorg suruh push, nurse tu tekan2 perut aku. "PUSH puan, sikit lg... baby dah nak keluar dah ni.. Push......" Susah juge nak meneran ni. Bila aku teran tak lepas, aku hempas kpla aku smpai nurse tu marah, jgn hempas kpla..   Nurse gunting pon dah tak rasa ape... padahal dulu aku la makhluk yg paling takut bila dgr citer gunting2 ni. Lepas 5 kali push, pukul 2.05 pg, maka lahirlah Nur Sofea Zara permata hati abah dan mama.. Lepas je sofea keluar, automatik sakit hilang, aku pon tergamam terdiam macam org bodoh. Incik suami kiss dahi aku. Nurse letak sofea atas dada. Sofea siap berak atas dada aku. Wah, bagus anak mama ni. Dan spt biasa, bermulalah sesi jahit menjahit. Masa tu aku dah tak rasa ape dah walaupun bontot aku terangkat sikit masa jahit tu. Ehehe...

Lepas dah settle semua, kitorg ditinggalkan ber3. Suami aku ambik wuduk nak azankan sofea. Masa ni aku dah mamai2 kepenatan. Yg aku ingt, masa dee azankan sofea, suara dia bergetar menggigil2. Mungkin dia tak percaya kot, dia dah ade anak.. Ehehe...

Punya la lama mama sakit. Dari kui 5 pg 2/1/2012 air ketuban pecah sampai la ke pukul 2.05 pg 3/1/2012 baru sofea nak keluar ye? 


Lebat tak rambut sofea? 
( Masa ni rasa nak sepak je nurse tu sbb dia bedung sofea tp tgn terkeluar... Mama dah la mamai, sofea nangis2. Bila mama tgk sofea, rupa2nya tgn sofea dah biru menahan sejuk )


Ramai yg kata time ni sofea cam anak cina... Wah, kembang sekejap mama.

Tp skrg???

~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~


Hahaha! Peace yaw!!!!!

MAMA CINTA SOFEA SANGAT - SANGAT

Wednesday 18 January 2012

HIDUP BAGAI TAHANAN


Muka ganazzz... Mau gaduh ka??? Ehehe

Sofea 13 hari. Pipi dah tembam, mata bulat... eikssss


Al - kisah..

Bosannye la hai berpantang ni... Ter - SANGAT - BANGAT - SANGAT - BANGAT sangat sangat BUHSANNN!!!! Adoi, ni baru hari ke 15.. ade lg 29 ari. Lambatnye la hai... 

Sofea baru lepas menyusu.. Skrg tgh tido. Budak skrg mmg takleh dibedung ke? Asal aku bedung je, mengamuk sakan la dia. Pastu berpeluh2 macam baru lepas berlari. Dahi peluh, blkg badan peluh. Kipas aku dah pasang smpai 2. Tp still berpeluh. Mmg anak mama betul. Last2 takyah bedung, takyah selimut.... Abis cite. 

Bila la nak abis pantang ni? Tak sabar nak blk umah sendiri .. Patut la org ckp berpantang ni mcm hidup dalam tahanan je rasanya. Jap baring bangun baring bangun duduk bertungku berbengkung...  Baring balik, berlunjur... Haih... entah lah.... 
Mak ngn opah aku ( terutamanya mak aku ) selalu bebel bila aku duduk ternganga sikit ( HAHA ! ). Bkn ape, kan ke paneh 24 jam pakai kain batik?? So bila dok nganga sikit, baru la sejuuuuuuuuk sikit rasanya... Angin masuk. Hahaha! ( Ni ayat release tension T__T okeh??? )

Hmm.. ape lg nak merepek ye? Dah la... otak dah beku... 

DAAAAAA