Hari Ulangtahun Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

My SOFEA ZARA

Lilypie First Birthday tickers

Friday 10 February 2012

Pengalaman Melahirkan Nur Sofea Zara - Permata Hati Abah & Mama

Assalamualaikum...

Waaaa .... Da berabuk blog aku ni...  Bz sesangat berpantang... Ececeh.. Padahal aku la ibu yg main2 je pantangnya...  Ni  baru berkesempatan nak bukak blog sbb cik sofea tgh tido. Kalo tak, jgn harap!!!

Sofea dah sebulan lebih....  Dah besor anak mama.. Macam tak caye je...Org lain ramai tegur kata sofea dah bulat. Tp mama tak nmpk pon sofea dah bulat? Mungkin sbb mama tgk sofea ari2 kot. Org lain tgk kejap2 je. Arini aku nak mengimbau kembali saat aku bertarung nyawa melahirkan sofea sebulan yg lepas... Sangattttt bestttt :)

**********************************************************

2 / 1 / 2012 ( Isnin )

5.10 pg - Masa ni aku tgh syok2 tdo sambil meleleh air liur basi, tiba2 aku terkejut mcm ade bende tendang siap ade bunyi "poopppp". Pastu aku rasa ade air meleleh... Air ketuban ke ni??? Org kata kalo air ketuban dah pecah, mesti air meleleh byk. Tp air ketuban aku keluar macam hidup segan mati tak mau... Nasib tergerak hati nak pakai pad mlm td. Aku pon kelam kabut lari dlm bilik air.. . Ah sudah.. Aku nak terberanak ke ni??? Incik suami bangun dlm keadaan terpinga2, dia tanya knp? Aku ckp la air ketuban dah pecah, kene g hospital ni.. Si suami siap mandi bagai sdgkan si isteri dgn tak gosok giginya siap2 nak g spital. Dlm kete subuh2 2 aku tepon famili aku. Mintak maap kalo ade salah silap. Org kata kalo nak senang bersalin kena minta maaf ngn famili terutamanya suami. Ceh, bajet air ketuban pecah dah boleh bersalin la yer??? Silap besor la...

Sampai kat spital, lepas daftar doktor buat ve. Doktor pompuan. Mak aihhhhhh.... Ganeh giler. Uh ah uh ah aku menahan kena seluk. Sblm ni, aku prnh gak kena seluk, tp doktor laki. Punya la lembut. Kalo dia nak seluk 10x pon aku tak kisah. Kena ngn doktor pompuan, abis di'rodok'nya. Lepas doc cek, bukaan baru 1cm. UWAAAAA!!!!Ingtkan dah besor la bukaknya. Pg tu aku kena dok wad. Dgn dah bau kambingnya sbb tak mandi, aku tido. Ngantuk giler. Contraction??? Pg tu takde contraction lg. Aku leh rilek2 siap tetido. Almaklum la... Tak sakit....

Masuk ke tghari... Masa ni aku dah goyang. Contraction dah start. Mula2 10 minit sekali, pastu 5 minit. Mak haiiiii... Sedapnya rasa contraction ni. Tu la.. Dulu ko sibuk tanya ros, kinah, anis camane rasa contraction kan??? Skrg dah rasa sendiri.. Ehehe...  Bila contraction tu dtg,aku pon buat la teknik pernafasan yg aku post kat blog aku ni. Tp knp tak menjadi yer? Rupa2nya bila aku baca blk, laa... salah teknik. Aku tak ingt doktor buat ve brp kali. Tp masa 2nd time doc nak cek ve, aku cuak dah sbb ingt doc pompuan lg. Rupa2nya doc laki. Fuh.. Lega. Kena ngn doc laki, tak sakit pon dia cek. Bila dah ptg, ramai le kaum kerabat yg dtg. Kakak aku, makcik belah suami. Siap urut2 lg masa aku tgh sakit. Seluar jeans laki aku abis kena tarik masa contraction tu dtg.

Mlm pun tiba... Haihhhhh... Bila nak beranak ni? Dah berpeluh menahan sakit ni. Peluh jantan peluh betina abis keluar. Kui 7 lebih kalo tak silap, doc buat ve lg. Baru bukak 4 cm. Sedihnya aku.. Dari pg smpai ke mlm, air ketuban pon dah pecah, bukaan baru 4 cm??? Hmm.. Nasib badan. Bila dah bukak 4 cm, aku ditolak ke labor room. Masa ni incik suami teman. Aku punya contraction time ni dah menggila... Mmg tak hengat sakit dia. Aku ingt lg, masa tu aku tgk jam kui 9.40 mlm. Stp kali contraction tu dtg, aku baring atas katil tu sambil mengesot ke atas ke bawah ke atas ke bawah menahan sakit. Bilik yg sejuk pon dah tak terasa sejuknya sbb aku dah berpeluh giler. Besi katil tu sampai bergegar2 aku buat. Bila sakit, menggigil2 kpla aku mcm org giler nak lawan kesakitan tu. Laki aku menangis tgk aku. Hah.. baru dia tau sakit tak sakitnya nak bg zuriat kat dia. Itupun lepas2 tu dia boleh ckp nak anak smpai 5. Haaaaa? Nak mengeluarkan yg sorg ni pon seksa. Oksigen kat tepi tu, tah brp kali aku sedut. Laki aku dah ibarat macam menyusukan anak je kat aku. Dia pegang je bende tu. Nurse tu tak bg aku sedut byk2 sbb takut aku muntah. Tp aku dah tak kira dah.. Asal sakit je aku sedut. Rupa2nya mmbr aku nurse kat situ, dia kata oksigen tu takde ape pun. Nak latih teknik pernafasan   pesakit. itu je. Patut la bila aku sedut aku tak rasa ape. Jarum yg melekat kat tgn aku tu, tah brp kali tercabut. Nurse kat situ byk kali marah aku. Bila sakit dtg, aku baca ALLAHHUAKBAR byk kali. Suara aku bergetar.... Tu yg asyik kena marah je tu. Punya la dah tak tahan sakit, diorg cucuk aku ngn ubat tahan sakit. Lepas kena ubat tu, aku tetido. Bila sakit tu dtg, aku terjaga aku baca lg ALLAHHUAKBAR sambil mengerang. Ade sekali tu, tgh aku menahan sakit, aku dgr kat bilik sblh dah bising2. " Push puan, push push push.. Lg puan.. Sikit lg puan" Masa aku dgr tu, aku ngn laki aku terdiam... Pastu aku tetido. Bila aku jaga blk, aku tgk jam dah kui 1 pg. Ya Allah... Lamanya aku menanggung kesakitan. Dari tghari smpai la ke tgh malam. Kena seluk??? Entah brp kali aku pon tak ingt. Mmg byk kali nurse tu seluk aku. Aku pon dah tak kisah, janji cepat aku bersalin. Aku dah tak tahannnnn sgt ni. Yg bestnya, padan muka nurse tu kena kencing ngn aku. OPsss.. Hahaha. 3 kali kalo tak silap diorg masukkan tiub kencing tu. Kalo tak silap aku, diorg induce aku. Aku pon dah tak ingt dah.

Last sekali, nak membolehkan aku melahirkan sofea tu, aku tgk jam dah kui 1, aku ckp kat nurse tu dalam keadaan tgh mengerang , '' Bila turn sy ni nurseeee???? Sy tak tahan dah ni...." Agaknya nurse tu pon dah tension ngn aku. " Sy boleh tolong puan, tp puan kena tolong diri puan sendiri. Puan jerit2 pun tak dpt ape". Lepas tu, nurse tu baca bismillah....Dia kira 1...2...3... dia selukkkkkkkkk dalam2 nk bg bukak laluan. Masa dia seluk tu, terangkat gak aku... Pastu dia kira lg, 1..2..3... dia selukkkkkkkkk sambil tolak lg dalam2 laluan aku... FUHHH... ( Sgt best wooo.. Hahaha ) Lepas dia seluk, rodok, ronjang ( bahasa agak kasar sikit ) baru la bukaan bukak 6 cm. Dia panggil suami aku, " Encik nmpk tak kpla ank encik? " Dia tanya smbil dia tarik aku punya tutt... Laki aku ckp nmpk... Kalo isteri encik boleh bg kerjasama, dia dah boleh bersalin. Lepas tu laki aku bg kata2 semangat kat aku. Sakit skjp je syg. Tahan sikit, janji baby dah leh keluar. Yg aku ingt, laki aku berdiri kat sblh kpla aku, nurse 3 org, sorg berdiri atas kerusi sblh kiri aku. Yg berdiri atas kerusi tu smpai bila2 aku takkan lupa. Masa diorg suruh push, nurse tu tekan2 perut aku. "PUSH puan, sikit lg... baby dah nak keluar dah ni.. Push......" Susah juge nak meneran ni. Bila aku teran tak lepas, aku hempas kpla aku smpai nurse tu marah, jgn hempas kpla..   Nurse gunting pon dah tak rasa ape... padahal dulu aku la makhluk yg paling takut bila dgr citer gunting2 ni. Lepas 5 kali push, pukul 2.05 pg, maka lahirlah Nur Sofea Zara permata hati abah dan mama.. Lepas je sofea keluar, automatik sakit hilang, aku pon tergamam terdiam macam org bodoh. Incik suami kiss dahi aku. Nurse letak sofea atas dada. Sofea siap berak atas dada aku. Wah, bagus anak mama ni. Dan spt biasa, bermulalah sesi jahit menjahit. Masa tu aku dah tak rasa ape dah walaupun bontot aku terangkat sikit masa jahit tu. Ehehe...

Lepas dah settle semua, kitorg ditinggalkan ber3. Suami aku ambik wuduk nak azankan sofea. Masa ni aku dah mamai2 kepenatan. Yg aku ingt, masa dee azankan sofea, suara dia bergetar menggigil2. Mungkin dia tak percaya kot, dia dah ade anak.. Ehehe...

Punya la lama mama sakit. Dari kui 5 pg 2/1/2012 air ketuban pecah sampai la ke pukul 2.05 pg 3/1/2012 baru sofea nak keluar ye? 


Lebat tak rambut sofea? 
( Masa ni rasa nak sepak je nurse tu sbb dia bedung sofea tp tgn terkeluar... Mama dah la mamai, sofea nangis2. Bila mama tgk sofea, rupa2nya tgn sofea dah biru menahan sejuk )


Ramai yg kata time ni sofea cam anak cina... Wah, kembang sekejap mama.

Tp skrg???

~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~


Hahaha! Peace yaw!!!!!

MAMA CINTA SOFEA SANGAT - SANGAT

7 comments:

  1. aku baca sampai keluar ayaq mata..... x tau lah sbb terharu atau klakar.... apa2 hal.... congrats beb..... welcome 2 mama's world.....

    ReplyDelete
  2. makk aiihhh seramnyer baca pengalaman ko bersalin ni....aku lak rase takut nak bersalin lg..hahaha

    apepun sofea tetap comel okeh :)

    ReplyDelete
  3. sooooo0000 amazing kan k.syam..best sangat saat² tu sebenarnye...sebab saat tu yg kita takkan boleh lupakan sampai bila²..
    masa mimi dulu, masa dah selesai nak kuar hospital tu siap senyum kat nurse yg tolong mimi bersalin tu,rasa nak peluk je dia sebab dia dah keluarkn Qalesya dari perut ni ehehe..

    moga k.syam lebih tabah untuk menempuh hidup sbg seorang ibu lepasni ^_^

    ReplyDelete
  4. Tahniah......Pengalaman yang cukup berharga sebagai seorang ibu..... ^_^

    ReplyDelete
  5. as salam, welcome to my club...
    amacam ada takut nak ngandung lagik ker????

    wei makcik, mintak tlg sket
    kasik itu komen paling chumell tuk my sweet

    http://wholesalebabynkidsclothing.blogspot.com/2012/02/manja-28.html

    love ang...hehehe

    ReplyDelete
  6. kak, nak tanye, yang berurut dengan bidan nek nak tu kat area mane >? ade contact x?
    fb : ana farhana deqna

    ReplyDelete