Hari Ulangtahun Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

My SOFEA ZARA

Lilypie First Birthday tickers

Friday, 14 October 2011

CARA ATASI DEMAM KUNING @ JAUNDIS

SUMBER : INTERNET & FORUMER IBU YG BERPENGALAMAN ANAK MENGHIDAP JAUNDIS


ANTARA CARA MENGATASI JAUNDIS :

  • Menyusukan bayi dari awal dengan kerap. Kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin.
  • Elakkan mengambil air suam atau air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98%  keluar melalui najis. Jika bayi anda kenyang dengan air, dia akan kurang minum susu.

  • Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian serta lampin dan letakkan bayi dalam bilik yang mempunyai banyak cahaya.

  • Hentikan pengambilan jamu atau herba sehingga bayi anda sembuh.
  • Rebus daun bunga raya, dauh sireh dengan air kelapa. Selepas dimandikan bilas dan bersihakan. Mandi untuk beberapa hari. 
  • Ambil beberapa sengkuang cina dan diparut untuk ambil airnya. Beri minum 1 sudu kecil setiap pagi hingga anak anda sembuh. 
  • Ibu yang mengandung perlu amalkan pemakanan yang berkhasiat untuk menghasilkan susu ibu yang baik & berzat. 
  • Minum susu kambing semasa masuk trimester ketiga.

Ini petua dari forumer plak :

'' Nk kongsi sket ade bidan tu ajar mandikan baby yg baru lahir tu dgn air teh..cara dia rendam uncang teh dlm air suam kemudian mandikan baby..x payah bilas..buat sampai kuning tu ilang..sy dh cube untuk baby ni ehehe alhamdulillah berkesan jugak pasal baby ade kuning sket mase lahir..pastu jemur time awal2 pg tu..yg penting kene bf lah byk2..kene gerak baby menysu sejam sekali pasal baby kuning ni asyik nk tidoo aje.. ''

''saya nak kongsi pengalaman saya yang tak seberapa ni...saya ada dengar dalam tv9, ustaz ravi cakap kalu masyarakat india, mereka selalu amalkan minum susu kambing...bagi yang akan melahirkan anak, elok minum susu kambing fresh pada usia kandungan 9 bulan untuk elakkan demam kuning ni...masa saya dengar tu, saya due tinggal seminggu saja lagi..apalagi..usaha p cari susu kambing yang fresh..rupanya susah nak cari yang fresh skg ni...bila dapat, saya terus minum...itu pun dapat secawan kecil sahaja...tak der bau pun...saya fikir, apalah sangat minum susu ni daripada baby kena jaundis...''

'' utk pgetahuan, jamu/air kunyit/air halia akan myebabkn bb yg bf eksklusif mdapat jaundis.
seterusnya nurse akan nasihatkan supaya teruskan bf (sekiranya anda bf), make sure anak tak tido lama waktu siang. klo dia tdo, kejutkan dia utk minum susu sekurang2nya 3jam sekali. ini utk memastikan bb buang air besar/kecil dgn byk utk mgurangkn dan seterusnya mhilangkan jaundis. galakkan dia myusu sekerap mungkin.
seterusnya nurse akan cakap:
1. jgn jemur bb
2. jgn bg bb mandi air senseh (ubat beli dr kedai cina)
3. jgn bg minum susu kambing
''

'' tak sure le apa puncanya demam kuning...kalau tak silap dalam majalah pa&ma ada bincang pasal benda ni...tapi, tak ingat keluaran bila..as for me, saya mmg bagi anak minum susu kambing..alhamdulillah ok..anak sulung 9.2mg then kami bagi minum susu kambing..doc situ yg suruh..anak 2 bagi awal2 lagi..alhamdulillah tak jadi..anak 3 ni 9.8mg kami bagi makan susu kambing..so far, alhamdulillah ok..lagi satu diorg pesan, letak dia kat panas pagi- lebih kurang dalam sekitar pukul 7-8 pagi..tak tau la pulak kalu tak betul, tapi tu lah yg doc n nurses kat situ cadang n alhamdulillah ok.. ''

Tidak semua bayi sesuai dengan cara mengatasi jaundis ini.  Apa yang penting kepada ibu bapa supaya jangan cepat berputus asa dan dapatkan nasihatkan pakar. Apa yang penting berdoa dan berserahlah kepada ALLAH SWT supaya bayi anda sembuh. AMIN :)



DEMAM KUNING @ JAUNDIS PADA BAYI

Penyakit demam kuning @ jaundis di kalangan bayi merupakan perkara biasa pada masa kini.

Simptom : Bahagian putih mata & kulit yg berwarna kuning - kekuningan. Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. 

Ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa. Jaundis lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra matang ( tidak cukup bulan ) berbanding bayi yang cukup bulan. 

Warna kuning ini disebabkan bahan kumuhan ( metabolit ) yang dinamakan BILIRUBIN dalam darah. BILIRUBIN merupakan hasil penguraian sel darah merah di dalam darah. Penguraian sel darah merah merupakan proses yang dilakukan oleh tubuh badan manusia apabila sel darah merah telah berusia 120 hari. Hasil penguraian sel darah merah merupakan bilirubin yang diproses oleh hati dan disingkir dari badan melalui najis dan air kencing. Ketika bayi dalam kandungan, sel darah merah ini dikeluarkan melalui uri ( placenta ) dan diuraikan oleh hati ibu.

Paras bilirubin pada bayi normal boleh meningkat  disebabkan oleh sebab-sebab berikut :

  • Sel darah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek
  • Lebam pada badan bayi disebabkan dalam proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti
  • Bayi pra-matang tidak mempunyai organ yang matang. Hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan
  • Darah ibu dan bayi tidak sesuai ( ABO incompatibility )
  • Ibu menghidap kencing manis ( maternal diabetes )
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
  • Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi ( kerap )
  • Keturunan

Tahap serius penyakit ini ditentukan dengan menimbangkan umur dan faktor perubatan yang lain. Jumlah bilirubin yang kecil atau sederhana tidak merbahaya kepada bayi. Bagaimanapun paras bilirubin yang tinggi dan lama boleh memberi kesan pada pendengaran dan otak bayi.

Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya demam kuning dikesan dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran dan terdapat tanda-tanda berikut :

  • Bahagian tangan dan kaki atau bayi demam melebihi 37.8 darjah celcius
  • Warna kuning semakin ketara selepas 7 hari
  • Masih kekal kuning selepas 15 hari
  • Bayi tidak bertambah berat badan 
  • Anda merasa bimbang mengenai kekuningan pada kulit bayi









PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA DI DUNIA

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Monday, 10 October 2011

PAGI ISNIN YG INDAH AKU MASIH DI RUMAH :)

Jam dah menunjukkan pukul 9.06 pg... Hari isnin... Hari bekerja... Tp aku masih di rumah menunggu kehadiran suami dgn penuh sabar.... Sabar... Sobar.... Sabariah....

Ni semua gara2 kunci kete aku yg tertinggal dlm kete incik suami.. Dia dh selamat smpai opis.. Aku je ni ha terkontang kanting kat umah. Bila tanya mana kunci kete, dia kata dah bg kat aku. Bila cek2 rupe2nya kat dlm kete dia.. Hai la abang... Takleh nk marah2.. Mmg dh tau dia pelupa.. Ehehe...

Aku dh la nak g JPN ambik IC baru pg ni... Semangat nak jd warga putrajaya.. Nasib baik masa buat ic aritu aku tak kena kompaun sbb dah lama tak tukar ic. So, kpd yg belum pernah tukar ic melebihi brp thn tah .. ( aku dh lupa ) sila lah tukar ic sekiranya anda telah menetap di sesuatu kwsn dgn tempoh yg agak lama..

Jam dah pukul 9.10... ( ikut jam lappy aku ).. Tah sempat tah tidak nak beli nasik lemak saiful tu.. Nak g JPN lg.. Huhuhu... Hai lahhhh nasik lemak saiful.. Nasik lemak + telur goreng + sambal sotong.... Aduhhhh, lapor terus aku.. Gerenti tak sempat nak beli krg... Huhuhu.. Takpe, esok masih ada...

ALAMAK!!! Laki aku dah smpai nak bg kunci.. DAAAAA..... ( hehehe )

KESIMPULAN : sempat lg blogging sementara tunggu dia.... SILA BUAT DUPLICATE KUNCI... ape saje kunci!!!!!!!!!!

Friday, 7 October 2011

"Sweet Baby Bath Contest By MasDuraNisaQaseh"

Ni first time aku join contest. Saje nak gedikss! Hahaha.. My baby lahir bulan 1 thn depan. So, takde la gmbr my baby yg boleh aku letak :( . Tp tuan blog  kata letak gmbr suami tgh mandi pon takpe. Ehehe.. Takdelah...




NAMA BUDAK SEXY NI : AHMAD IZZ BIN ANUAR FAIZAL
UMUR : 2 THN ++
NAMA MAK DIA : SHAFINAZ SALLEHUDDIN

sy takde nak tag sape2 sbb sy masih baru dlm dunia blogger... duduk dlm aquarium la katakan..kesian tak? kesian tak? hahaha

inilah antara hadiah nye ye..





Robot Bersalin

Muahaha... Nak tgk gmbr real takut, so, tgk robot je laa


ARRRRRGGGGHHHHHHhhhh....

Pg ni aku nak luahkan perasaan aku sikit. Smlm aku kena langgar ngn org. Nasib baik motor je. Aku dok lane kanan sekali. Motor tu laju, aku break sbb kete depan break. Rupe2nya ada kete kat depan yg rosak. Yg motor tu plak p langgar aku. Nasib baik motor yg langgar, kalo kete ke lori ke.. Haduiii.. Aku intai kat cermin blkg. Aku tgk org tu ok je. Cuma mungkin enjin motor dia je takleh start. Aku pun blah la. Tak kuasa aku nak berhenti sbbnya krg kalo aku dok risaukan dia, tak pasal2 aku plak yg kena langgar.

Itu smlm..............................

Arini pulak.......................... 

Aku p sagat divider masa nak parking kt opis aku. Aku dah ambik side nak koner, sekali tak lepas jugak. Kena gak sikit. Tah la, kalo bwk kete laki aku ni mesti ade je bende yg aku nak sagat. Kete laki aku tu panjang kalo nak dibandingkan dgn kete aku. Patut la kalo laki aku bwk kete dia, dia mesti ambik side kalo nak koner ibarat macam dia bwk treller panjang. Aritu dah langgar sekali, aku dah bgtau dia. Dia pesan lepas ni hati2. Arini aku langgar lg. Aku takut nak bgtau laki aku. EHEHE.. Kena sagat pun kt bhgn kete yg sama. Kat 'lip' .  Nasib baik "lip'' kete laki aku tu warna hitam.. Bende tu boleh ganti, ataupun cat balik. 


Kesimpulannya : Aku = bola bowling
                                   Motor = pin bowling
                                  ( Terasa spt nak baling diri aku yg
                                   tgh drive tu ke arah motor yg bwk laju )


                          KEJAM TAK???? ehehe





Kesimpulannya : Terasa macam baru dpt lesen L stp kali bwk kete en hubby ! :(