Hari Ulangtahun Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

My SOFEA ZARA

Lilypie First Birthday tickers

Friday, 14 October 2011

CARA ATASI DEMAM KUNING @ JAUNDIS

SUMBER : INTERNET & FORUMER IBU YG BERPENGALAMAN ANAK MENGHIDAP JAUNDIS


ANTARA CARA MENGATASI JAUNDIS :

  • Menyusukan bayi dari awal dengan kerap. Kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin.
  • Elakkan mengambil air suam atau air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98%  keluar melalui najis. Jika bayi anda kenyang dengan air, dia akan kurang minum susu.

  • Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian serta lampin dan letakkan bayi dalam bilik yang mempunyai banyak cahaya.

  • Hentikan pengambilan jamu atau herba sehingga bayi anda sembuh.
  • Rebus daun bunga raya, dauh sireh dengan air kelapa. Selepas dimandikan bilas dan bersihakan. Mandi untuk beberapa hari. 
  • Ambil beberapa sengkuang cina dan diparut untuk ambil airnya. Beri minum 1 sudu kecil setiap pagi hingga anak anda sembuh. 
  • Ibu yang mengandung perlu amalkan pemakanan yang berkhasiat untuk menghasilkan susu ibu yang baik & berzat. 
  • Minum susu kambing semasa masuk trimester ketiga.

Ini petua dari forumer plak :

'' Nk kongsi sket ade bidan tu ajar mandikan baby yg baru lahir tu dgn air teh..cara dia rendam uncang teh dlm air suam kemudian mandikan baby..x payah bilas..buat sampai kuning tu ilang..sy dh cube untuk baby ni ehehe alhamdulillah berkesan jugak pasal baby ade kuning sket mase lahir..pastu jemur time awal2 pg tu..yg penting kene bf lah byk2..kene gerak baby menysu sejam sekali pasal baby kuning ni asyik nk tidoo aje.. ''

''saya nak kongsi pengalaman saya yang tak seberapa ni...saya ada dengar dalam tv9, ustaz ravi cakap kalu masyarakat india, mereka selalu amalkan minum susu kambing...bagi yang akan melahirkan anak, elok minum susu kambing fresh pada usia kandungan 9 bulan untuk elakkan demam kuning ni...masa saya dengar tu, saya due tinggal seminggu saja lagi..apalagi..usaha p cari susu kambing yang fresh..rupanya susah nak cari yang fresh skg ni...bila dapat, saya terus minum...itu pun dapat secawan kecil sahaja...tak der bau pun...saya fikir, apalah sangat minum susu ni daripada baby kena jaundis...''

'' utk pgetahuan, jamu/air kunyit/air halia akan myebabkn bb yg bf eksklusif mdapat jaundis.
seterusnya nurse akan nasihatkan supaya teruskan bf (sekiranya anda bf), make sure anak tak tido lama waktu siang. klo dia tdo, kejutkan dia utk minum susu sekurang2nya 3jam sekali. ini utk memastikan bb buang air besar/kecil dgn byk utk mgurangkn dan seterusnya mhilangkan jaundis. galakkan dia myusu sekerap mungkin.
seterusnya nurse akan cakap:
1. jgn jemur bb
2. jgn bg bb mandi air senseh (ubat beli dr kedai cina)
3. jgn bg minum susu kambing
''

'' tak sure le apa puncanya demam kuning...kalau tak silap dalam majalah pa&ma ada bincang pasal benda ni...tapi, tak ingat keluaran bila..as for me, saya mmg bagi anak minum susu kambing..alhamdulillah ok..anak sulung 9.2mg then kami bagi minum susu kambing..doc situ yg suruh..anak 2 bagi awal2 lagi..alhamdulillah tak jadi..anak 3 ni 9.8mg kami bagi makan susu kambing..so far, alhamdulillah ok..lagi satu diorg pesan, letak dia kat panas pagi- lebih kurang dalam sekitar pukul 7-8 pagi..tak tau la pulak kalu tak betul, tapi tu lah yg doc n nurses kat situ cadang n alhamdulillah ok.. ''

Tidak semua bayi sesuai dengan cara mengatasi jaundis ini.  Apa yang penting kepada ibu bapa supaya jangan cepat berputus asa dan dapatkan nasihatkan pakar. Apa yang penting berdoa dan berserahlah kepada ALLAH SWT supaya bayi anda sembuh. AMIN :)



No comments:

Post a Comment